Tuesday 6 March 2012

Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah

Assalamualaikum semua,

Tahun ini, BruManch akan mengadakan Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-28. Ini merupakan tahun kedua BruManch melangsungkan pertandingan ini dengan kerjasama BSUnion.


Pertandingan ini akan berlangsung pada:

Haribulan: 14 April 2012M / 22 Jamadil Awal 1433H
Tempat: Friends Meeting House, Central Manchester

Penyertaan dibukakan kepada persatuan-persatuan pelajar Brunei yang berada di Unite Kingdom dan Ireland. Ini merupakan peluang untuk menunjukkan bakat dan menambahkan lagi semangat kenegaraan. Kepada ahli-ahli BDSSW yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila mesej Riku Munawar.

Wassalam,

Posted by Hajah Hamizah Haji Munawar (BDSSW Media Officer 11/12)

No comments:

Post a Comment