Saturday, 7 January 2012

Persediaan menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum semua,

Sebagai usaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang ini, BDSSW telah mengadakan Solat Hajat berjemaah untuk perempuan di 61 Llanishen (rumah presiden) dan diikuti dengan tadarrus.


Di bawah adalah beberapa doa untuk diamalkan semasa menghadapi peperiksaan.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu mengulangkaji.

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperik
saan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan.

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Semoga kita mendapat berkat dari segala usaha dan doa kita. Amin ya rabbal alamin.

Posted by Hajah Hamizah Haji Munawar (BDSSW Media Officer 11/12)

No comments:

Post a Comment