MINIT
Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Pendidikan
– YM PG DATO SERI SETIA DR HJ MOHAMMAD BIN PG HJ ABDUL RAHMAN
Tarikh: 16 Januari 2010
Tempat: Brunei Hall, Norfolk Square, London.
BDSSW’s Representatives: Dyg Nur 'Azimah Zaili & Dyg Nur Hafizah Mohammad.
_________________________________________________________
(*Minit ini di tulis menurut cara ia disampaikan iaitu mengunakan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris.)
Dari Cikgu Abdullah bin Haji Ahad (Pengarah Pengajian UPP);
“Ramai penuntut yang mengikuti pengajian di UK &Ireland – 1511 orang (termasuk penuntut yg dianugerahkan biasiswa MOE, Skim Khas ‘A’ Level, UBD, ITB, UNISSA, DANA, BAS, MOFAT, Hal Ehwal Ugama, Sultan’s Scholar, RBA dan Private)
Iaitu:
Biasiswa MOE: 912 orang DANA: 279 orang
Private (yang berdaftar): 138 orang Skim Khas ‘A’ Level’: 64 orang
MOFAT: 43 orang ITB: 22 orang
Hal Ehwal Ugama: 16 orang Sultan’s Scholar: 11 orang
BAS: 10 orang RBA: 6 orang
UBD: 6 orang UNISSA: 4 orang
Tahun ini (2010): seramai 500+ orang yang akan menamatkan pengajian.”
Dari YM Timabalan Menteri:
“Hari ini merupakan sejarah kerana berkesempatan untuk bersama-sama dengan awang-awang dan dayang-dayang yang jauh di perantauan. Majlis ini diadakan kerana sikap pemedulian, untuk mendengar masalah/menjaga keselesaan, menyampaikan motivasi/amanat kerajaan.
- Tahniah bagi mereka yang dikurniakan biasiswa. Awda adalah tergolong di dalam golongan yang bertuah kerana dapat menikmati cabaran dan hidup sebagai pelajar di rantau.
- Persaingan di alam pekerjaan semakin kuat/ketat di mana kuantiti/kualiti pembelajaran semakin baik dan membanggakan. – Disebabkan oleh sikap Anak Brunei yang ‘inda mau kalah’.
- Diharapkan semoga awda pulang nanti dengan segulung ijazah sebagai bukti kerajaan menghantar awda adalah tidak sia-sia dan bukan satu kesilapan.
Rukun hidup ada 4 ‘B’ iaitu: Berilmu
Beragama
Berakhlak
Berbakti
b· Berilmu
o Jangan hanya bergantung pada kuliah. Berkawanlah dengan mereka yang dapat membantu kamu mengukuhkan ilmu dan kajian kamu.
o Bacalah buku-buku karyaan pakar-pakar di dalam bidang yang kamu ikuti.
o Bersedialah untuk memasuki alam pekerjaan
· BBeragama
o Aktiviti ugama hendaklah diambil kira.
o Jadikan ugama sebagai pakaian yang dapat membenteng awda dari terpengaruh dengan cara hidup social di negara orang.
o Sangat diharapkan agar pelajar sekalian dapat berpegang teguh kepada ajaran ugama kita.
· BBerakhlak
o Bersama ke arah kehidupan yang lebih sempurna dengan sentiasa berpegang kepada konsep M.I.B.
o Hiaskan diri dengan perangai yang ‘bisai’. Tiada gunanya beragama tanpa akhlak yang baik seperti menghormati orang yang lebih tua daripada kamu, kawan-kawan, berdisiplin dan budaya Brunei dilupa jangan.
· BBerbakti
o Ini akan berlaku apabila awda telah tamat pengajian
o Awda dikehendaki menunaikan janji (Bond) yang telah dipersetujui bersama sebelum pelajar melangkahkan kaki ke UK.
o Ini adalah harapan kerajaan dan juga rakyat Brunei agar pelajar-pelajar pulang dan berbakti kepada mereka.”
Sessi Soal Jawab
Q1: Saya merupakan anak cacat pendengaran dan saya juga adalah ‘Pivate student’. Kecacatan saya menyusahkan saya untuk mengikuti pengajian. Apakah pandangan Dato mengenai ini?
A: Anda memerlukan keperluan khas. Untuk memohon bantuan sebagai pelajar yang berkeperluan khas, buatlah satu permohonan dan hadapkan kepada UPP untuk dihadapkan ke hadapan SUT atau berjumpa terus dengan Pengarah Pengajian (Cikgu Abdullah). Lampirkan bersama keperluan (disabled facilities) yang diperlukan.
Q2: Pekerjaan apakah yang sangat-sangat diperlukan di Brunei pada ketika ini memandangkan saya mengikuti jurusan ‘Computing’.
A: ‘Computing’ merupakan aspek penting dalam sistem pendidikan. Ianya memperluaskan aktiviti di dalam pelbagai bidang. Dari segi pekerjaan, ianya diperlukan sebagai ‘tenaga’ iaitu mengajar. Oleh itu janganlah ia dipandang ringan.
ITB masih kekurangan dan memerlukan ‘Networking Engineering’. Ini adalah berkaitan dengan Computing. Sistem teknologi merupakan kekuatan E-Govt Project. Pada masa ini Brunei sedang mengusahakan pelbagai E-Govt project yang banyak berkerjasama dengan Semi-Government dan Private Sector. Oleh itu jangan hanya memandang pekerjaan di dalam kerajaan. Jika anda telah ‘di-bonded’ / diikat-janji’, maka anda adalah sangat diperlukan untuk pulang ke tanah air.
Brunei masih memerlukan pakar dari segenap bidang terutama dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Sistem pendidikan telah diubah menjadi ‘Sistem 21 – Sains dan Teknologi’. Ini bermaksud penggunaan komputer adalah sangat penting. Peluang pekerjaan juga banyak tetapi adalah sangat diperlukan untuk anda menamatkan pengajian hingga ke peringkat PHD. Jangan ketinggalan dan teruskan pengajian awda untuk memperluaskan lagi peluang pekerjaan. Dan apabila kerajaan menghantar anda, ini bermakna kursus yang anda ikuti adalah sangat diperlukan.”
Q3. Saya merupakan pelajar PHD yang menuntut di London. Akan tetapi saya tidak dibenarkan tinggal di Brunei Hall. Taraf hidup di London adalah sangat tinggi iaitu House Rent sahaja dalam – £500+ sebulan exclusive (tanpa bill). Apakah rancangan pihak UPP terhadap elaun kami memandangkan elaun kami benar-benar tidak mencukupi.
A: Bahagian Biasiswa sedang berusaha untuk mengumpul maklumat bukan sahaja di UK tetapi juga bagi pelajar yang belajar di Brunei, Australia dan lain-lain. Sememangnya memang ada dalam perancangan dan kami akan berusaha untuk membantu..
Pihak UPP sedang membuat survey mengenai dengan kewangan pelajar-pelajar. Sila ambil maklum dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh bahagian UPP agar kami dapat membuat rumusan mengenai dengan perbelanjaan yang kamu tanggung.
Q4. Saya sedang mengikuti jurusan Chemical Engineering in Master (4 tahun). Kami ingin tahu dimanakah kami berdiri. Adakah kami dikira sebagai pelajar postgraduate atau undergraduate?
A: Sebelum mengikuti apa jua jurusan adalah diingatkan untuk mendapatkan kursus pengiktirafan (Accreditation) dari Unit Pengiktirafan Brunei. Mengenai dengan soalan yang diajukan, kami akan mengajukan proses ini kepada kerajaan dan aku memaklumkan kemudian. Sentiasa mengambil tahu tentang apa jua berita yang disampaikan melalui website UPP.
Q5. Adakah pihak Biasiswa membenarkan penuntut untuk mengambil jurusan Degree 4 Tahun (3 tahun kursus + 1 Industrial Training)?
A: Jika ‘Industrial training’ itu wajib dibuat dan bukan ‘optional’ maka ia dibenarkan dengan syarat, University tersebut adalah top 50 dan telah pun diiktiraf oleh Unit Pengiktirafan Brunei. Para pelajar juga hendaklah memohon ‘Certificate of Accredition’ sebelum membuat apa-apa jua kursus sama ada pelajar biasiswa atau ‘private students’.
Q6: Bolehkah saya mengambil Master in Teaching walaupun saya mempunyai Degree di dalam bidang yang lain?
A: ‘Master of Teaching’ memerlukan mereka yang benar-benar ingin menjadi pendidik. Qualification mestilah ‘Degree’ or higher. Adalah dibenarkan untuk membuat Master in Teaching tetapi, adalah digalakkan untuk mengambil Master di dalam bidang yang kamu ikuti terlebih dahulu.
Q7. Adakah MOE memberikan apa-apa ‘placement’ di dalam kerajaan sebagai latihan kepada penutut sebelum memasuki alam pekerjaan?
A: Borang permohonan ‘Placement’ di dalam kerajaan sudah lama disediakan. Boleh didapati di website UPP. Ianya adalah latihan untuk pelajar agar lebih tahu apa yang diinginkan di dalam sektor kerajaan. Biasanya tidak bergaji tetapi pengalaman yang penting.
Q8. Bagi Private Student Tahun 3 yang ingin memohon Scholarship untuk Tahun 2 (bidang yang sama), adakah ia dibenarkan?
A: Penerimaan bagi penutut yang dianugerahkan Scholarship adalah bergantung kepada keputusan serta syarat-syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Jika hendak memohon Scholarship untuk Tahun 2, pihak MOE, hanya akan melihat keputusan dari 1st year dan bukannya dari Tahun 2 atau Tahun 3.
Keputusan hendaklah SEKURANG-KURANGNYA 2:1.
Perlu diingatkan, permohonan Scholarship semakin tinggi. Ini bermaksud persaingan adalah sangat ketat. Para pelajar adalah digalakkan untuk berusaha dengan lebih giat.
Disediakan oleh/prepared by:
Hafizah Mohammad
Secretary
Brunei Darussalam Student Society, Wales
No comments:
Post a Comment