Thursday, 11 February 2010

Assalamualaikum,

Sesi mengkhatamkn alquran tahun 2010 akan dieruskan setiap hari jumaat, pukul 7.00 malam, bertempat di surau Brunei hall. Pelajar-pelajar yang amat berminat adalah digalakkan mengikuti sesi ini.

Pelajar-pelajar luar London yang sukar mengikuti sesi minguaan ini bolehlah menghabiskan bacaan mereka secara sendirian di tempat belajar masing-masing. Disamping itu, pelajar-pelajar hendaklah memberi nama penuh mereka samada kepada:

Rasid (religious.secretary [at] bsunion.org) atau
Ustaz Haji Raminey (ro [at] upp.org.uk) dengan segera.

Majlis Khatam Alquran akan diadakan pada 14 March 2010 bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1431.
Untuk meriahkan lagi suasana Majlis Khatam Alquran ini, perserta perempuan bolehlah memakai Baju Kurong dan tudong berwarna hijau atau kurang lebih sama seperti hijau sebagai pakaian seragam. Pakaian bagi perserta lelaki adalah Baju cara Melayu (warna apa saja), Songkok dan Blazer.

Semoga segala urusan dan perkerjaan kita dirahmati oleh Allah. Amin.

Salam Sejahtera.

No comments:

Post a Comment